21,272 pelajar terima manfaat skim agihan zakat Pulau Pinang

BAYAN LEPAS – Seramai 21,272 pelajar di Pulau Pinang menerima manfaat daripada Skim Agihan Zakat Pembelian Tanpa Tunai ‘Kembali Ke Sekolah 2025’ melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Yang Dipertua MAINPP,  Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, program bantuan anak-anak ke sekolah MAINPP itu melibatkan peruntukan berjumlah RM3,190, 800 termasuk penerima bagi Daerah Barat Daya dan Timur Laut.

“Bagi tahun ini, kita telah membuat sedikit perubahan dari segi kaedah permohonan. Tidak seperti tahun sebelum ini, permohonan dibuka dari pelbagai saluran, menyebabkan berlakunya pertindihan maklumat. 

“Bermula tahun ini, kita membuat penyelarasan permohonan iaitu mestilah melalui pihak sekolah yang kemudiannya akan menghantar nama kepada Zakat MAINPP. 

“Justeru, kemungkinan perubahan ini menyebabkan beberapa nama keciciran dan saya telah maklumkan agar penyelarasan dibuat semula bagi nama-nama yang tercicir,” katanya pada Majlis Pelancaran Skim Agihan Zakat Pembelian Tanpa Tunai ‘Kembali Ke Sekolah 2025’ pada Sabtu.

Tambah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu, pihak MAINPP turut mengalu-alukan sumbangan dari badan korporat dan badan bukan kerajaan untuk bersama- sama dalam agenda membantu para asnaf.

“Kewujudan asnaf yang masih ada di Pulau Pinang ini membuktikan saranan dari Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang tahun lalu yang menegaskan kembali fatwa pada 2019 bahawa mereka yang bekerja atau berniaga di Pulau Pinang wajib membayar zakat di Pulau Pinang kerana masih ada asnaf di negeri ini,” ujarnya.

Mengulas mengenai cara penebusan bantuan, para penerima boleh menebus pembelian barangan sekolah bernilai RM150 itu di mana-mana 24 cawangan yang dilantik MAINPP.

Related Posts

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

SANDAKAN – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada warganegara dalam pelaksanaan bantuan kepada mangsa terjejas bencana kebakaran, namun aspek kemanusiaan tetap diutamakan tanpa mengira status, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

MIRI – Satu lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut diadakan pada pagi Rabu bagi meninjau keadaan semasa kemudahan pendidikan, sekali gus merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen