Semua individu wajar diberi peluang tanpa mengira jantina – Nurul Izzah

SEMUA individu di Malaysia tanpa mengira jantina wajar diberikan ruang untuk mencebur sesuatu bidang atau peluang dengan adil dan saksama seiring menjayakan masyarakat Madani.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar ketika menjadi panel undangan di pentas Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland baru-baru ini berkongsi pandangan bahawa jurang jantina perlu dirapatkan dalam memperbaiki jaringan perlindungan sosial di negara ini.

Beliau berkata, perkara ini perlu direalisasikan selaras dengan hasrat Malaysia bergerak ke arah negara maju sekali gus skeptikal antara jantina diperbaiki.

Nurul Izzah yang juga merupakan Pengerusi Social & Economic Research Initiative (SERi) berpendapat bahawa jaringan sosial yang perlu diperluaskan adalah memajukan generasi muda melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termasuk untuk golongan wanita.

“Jadi di Malaysia kami meletakkan TVET sebagai program utama dengan pendekatan mendapatkan golongan anak muda pergi ke program kelayakan mikro.

“Selagi anda mempunyai diploma atau pensijilan, ia akan meningkatkan prospek terhadap pekerjaan anda.

“Ini dilakukan secara meluas (di Malaysia). Berbilion ringgit telah dibelanjakan supaya terdapat sekurang-kurangnya tahap mobiliti dinikmati oleh pihak berkepentingan yang berbeza,” katanya dalam forum yang turut disertai barisan panel seperti Amitabh Behar, Carmen Correa, Asha Makana dan Kater Fitz-Gibbon.

Selain itu, beliau juga berkata, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan inisiatif seperti i-Suri dan beberapa bentuk insurans perlindungan sosial untuk menjamin masa hadapan golongan suri rumah.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menyokong kenyataan Nurul Izzah berkenaan kesaksamaan jantina perlu ditangani dengan baik.

Shamsul Iskandar berkata, konsep ‘Levelling the Playing Field’ membuka jalan untuk lelaki dan wanita berjaya berbanding penyertaan satu jantina semata-mata dalam sesuatu bidang.

Menurutnya, ‘Levelling the Playing Field’ bermaksud mewujudkan situasi di mana setiap orang yang terlibat mempunyai peluang yang sama untuk berjaya, pada asasnya menjadikan persaingan itu adil dengan menghapuskan sebarang kelebihan tidak adil yang mungkin ada pada satu pihak berbanding pihak lain.

“Ini adalah pertama kali Nurul Izzah diundang ke Davos. Undangan kali ini tentunya sangat bermakna kerana platform yang diberikan ialah platform forum terbuka Davos.

“Ianya suatu forum terbuka dalam kalangan pimpinan generasi-generasi akan datang yang berkongsi pemikiran dan juga tindakan dalam menangani permasalahan umat dunia,” katanya menerusi hantaran di laman Instagram.

Beliau berkata, topik kali ini sangat bermakna kerana isu berkaitan jantina dan peluang yang berasaskan prinsip keadilan ini sewajarnya disusuli dengan tindakan.

“Saya turut hadir untuk menekuni hujah, pandangan dan juga cadangan penyelesaian kepada wacana ini.

“Semoga pencerahan oleh Nurul Izzah dapat membuka pemikiran warga dalam kita merungkai permasalahan kesaksamaan gender ini,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM