Anwar nasihat pesawah tangguh himpunan

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan pesawah yang hendak berhimpun di Putrajaya hari ini bagi menyerahkan memorandum supaya menangguhkannya ke suatu masa yang sesuai.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak menghalang mereka untuk berhimpun, sebaliknya menjelaskan ia tidak sesuai dilakukan ketika Lawatan Negara, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Beliau juga mengarahkan agar Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengadakan perjumpaan dengan pesawah dan mengambil memorandum berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kerajaan berharap agar perhimpunan itu tidak dilangsungkan bagi mengelak ia menganggu perjalanan majlis rasmi negara.

“Mengenai cadangan daripada beberapa pesawah dari utara datang ke Putrajaya esok… esok kita ada tamu negara. Presiden Prabowo Subianto dalam lawatan rasmi atas undang Yang di-Pertuan Agong dan saya. Ada perjumpaan berikutnya di Putrajaya.

“Saya tidak menghalang ada pertemuan nak jumpa serah memorandum kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, silakan.

“Tapi buat urusan, tetapkan masa sesuai. Saya tidak setuju sama sekali diadakan perhimpunan menganggu perjalanan dan urusan lawatan rasmi negara (membabitkan) Presiden Indonesia.

“Jadi saya minta rakan-rakan iaitu pesawah yang hendak datang… kalau ada hal yang dimusykilkan atau dituntut, saya ada menghubungi saudara Menteri Pertanian (dan Keterjaminan Makanan), Mohamad Sabu untuk mendengar, menemui dan mengambil memorandum dan diulas.

“Tetapi janganlah ganggu majlis negara yang melibatkan negara sahabat. Itu peringatan saya. Saya telah minta Ketua Polis Negara bantu untuk mengawal tapi sebaiknya saya minta dielak.

“Kita (kerajaan) kalau tak mahu jumpa dan nak bantah bolehlah. Ini kita kata boleh jumpa. Cuma nak ada perhimpunan aman, silakan tapi jangan diambil kesempatan itu untuk menganggu-gugat apa lagi majlis rasmi negara yang melibatkan negara sahabat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri syarahan syarahan bertajuk ‘Islam: The Covenants Fulfilled’ yang disampaikan Profesor Diraja, Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan lebih 1,000 pesawah dari seluruh negara akan berkumpul di Putrajaya bagi menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia, Abdul Rashid Yob.

Related Posts

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

BANGI – Seramai 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan ditahan tentera Zionis ketika berada di perairan berhampiran Kepulauan Crete, Greece, hari ini. Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

PUTRAJAYA – Panduan pelarasan Perbelanjaan Mengurus (OE) bagi semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF), pada Rabu hanya membabitkan perbelanjaan tidak kritikal. Kementerian itu menjelaskan, bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini