Kesihatan wanita tunjang kesejahteraan keluarga, masyarakat – Nancy

KUCHING – Kesihatan wanita menjadi tunjang utama kepada kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, kesihatan wanita tidak boleh dipandang enteng.

“Kita mahu setiap wanita sedar bahawa kanser serviks dapat dicegah dan dirawat melalui pengesanan awal,” kata beliau.

Tambah beliau, pengesanan awal dapat dilakukan melalui teknologi perubatan yang semakin maju.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Kebangsaan 2025 di Dewan Santubong di CIDB Convention Centre pada Isnin.

Sementara itu, Nancy berkata acara sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks bukan sekadar sambutan tetapi peringatan dan kesedaran dalam kalangan wanita.

“Penyakit ini sering digelar pembunuh senyap kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom,” ujar beliau.

Tambah beliau, ramai wanita merasa sihat tetapi tanpa disedari kemungkinan mereka berisiko.

Menurut Tinjauan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS) 2023, jelas beliau, sebanyak 65 peratus wanita berumur 20 tahun dan ke atas tidak menjalani saringan kanser serviks dalam tiga tahun terakhir.

“Antara alasan mereka ialah kebanyakan mereka kata sihat, tidak mengalami gejala dan mempunyai kekangan masa,” kata beliau lagi.

Ujar beliau, gejala tidak semestinya menjadi penanda aras untuk kesihatan dan ujian HPV DNA mampu mengesan jangkitan sehingga 10 tahun sebelum ia menjadi kanser.

Selain itu, kata beliau, kawasan Kampung Santubong dipilih menjadi projek perintis ujian saringan HPV DNA.

“Saringan ini percuma dan ditanggung sepenuh oleh kerajaan Malaysia,” kata beliau lagi.

Nancy juga menyeru ketua masyarakat agar memainkan peranan mereka dalam memberi informasi mengenai inisiatif ujian saringan ini kepada orang awam.

“Pengesanan awal menjadi kunci utama merawat kanser serviks lebih awal,” ujar beliau lagi. 

Related Posts

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

TAWAU – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah terus memperhebat inisiatif bersemuka di instituti pendidikan dengan dengan penyampaian mesej berkenaan internet selamat dan buli. Pengarahnya, Jainisah Mohd Noor berkata, usaha itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini