PRESIDEN Parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, yakin parti itu mampu memenangi belasan kerusi di Kelantan pada pilihan raya akan datang.
Beliau berkata, ia tidak mustahil sekiranya Kerajaan Perpaduan berada dalam keadaan baik.
“Memang sukar nak hadapi parti lawan yang memerintah negeri (Kelantan)… tapi saya yakin pilihan raya akan datang kalau perpaduan kita baik, kita akan menang berbelas kerusi di Kelantan,” katanya ketika ucapan penggulungan Konvensyen Nasional Amanah di Klang, Selangor, hari ini.
Ketika ini Amanah hanya menguasai satu daripada keseluruhan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan iaitu Kota Lama.
Mohamad mengingatkan ahli parti untuk memulakan ceramah pada skala kecil sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.






