Kebakaran belukar di Kampung Banting, Lawas berlaku semula

LAWAS – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dimaklumkan tentang kejadian kebakaran belukar dan tanah gambut berlaku di Kampung Banting Fasa 4, Jalan Kuala Lawas pada jam 2 petang semalam.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO), yang dianggotai Penyelia Pasukan, PBK II KUP Agung Mulong, Komander Operasi, PPgB Azman Ibrahim, dan lima anggota bomba Lawas terus dikerahkan ke lokasi kebakaran yang terletak enam kilometer dari Balai Bomba dan Penyemalat Lawas. Kekuatan lojistik yang dibawa merangkumi LFRT Atego BKA 9159, Prime Mover Water Tanker BMX 9576 dan Isuzu DMAX WSXN 9143.

“Setibanya PKO di tempat kejadian, ‘size up’ dilakukan dan didapati benar berlaku kebakaran di lokasi yang sama, iaitu Banting Fasa 4,” menurut Komander Operasi, Azman Ibrahim memaklumkan menerusi satu kenyataan oleh BBP Lawas.

Tambahnya lagi teknik pemadaman yang digunakan adalah ‘direct attacking’ ke punca api.

PKO bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula dari jentera bomba LFRT Atego BKA 9159 dan membentang satu aliran 300 kaki satu nozel dari jentera Prime Mover Water Tanker.

Pada jam 4 petang, kebakaran merebak ke lot tanah sebelah menyebabkan PKO bertindak memadam api menggunakan satu aliran 300 kaki menggunakan jentera dan sumber air dari Prime Mover Water Tanker dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.50 petang.

“Pada jam 5.10 petang, PKO melakukan pemadaman berhampiran tiang elektrik dan ‘transformer’ SEB di tepi jalan Kuala Lawas.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6 petang dan hanya tompokan asap yang timbul. Ops pemadaman ditangguh setelah keadaan selamat dan terkawal,” tambah kenyataan itu lagi.

Kebakaran yang berlaku dianggarkan telah menjejaskan kawasan seluas enam ekar dan pemantauan berkala akan dilakukan oleh PKO jika kebakaran berulang.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16