Pemilik kedai makan diminta mengucap kalimah syahadah kerana gantung tanglung

HANYA kerana menggantung tanglung sebagai hiasan, seorang pemilik kedai Yong Tau Foo, di Kuantan, Pahang, diminta mengucap dua kalimah syahadah oleh pelanggannya.

Demikian catatan di Facebook Wa Nita Ini yang dipercayai pemilik kedai berkenaan.

Bagaimanapun beliau menganggap tindakan pelanggannya itu adalah kerana terlalu mengambil berat dengan apa yang dimakan.

“Hari ni ade customer mintak sis mengucap 2 kalimah syahadah 🥱.

“Ni kedai Melayu ke Cina?? Islam ke?? siapa owner?? Habis tu yang ada tanglung ni?

“Bukan apa, saya ni bla bla bla.. [someone yang very very concern about whatever she eat, maybe],” catatnya.

Tambahnya, walaupun telah diberi penjelasan namun pelanggan itu seolah-olah tetap tidak berpuas hati hingga memintanya mengucap dua kalimah syahadah.

Situasi itu membuatkan beliau berasa kurang selesa dengan sikap pelanggan itu.

“Ya saya respect la tu… Islam memang wajib jaga sumber makanan… cuma cara tu a little bit not nice to me… Bila kita cakap ya kak kedai Melayu, Islam, tanglung sebab konsep kami Chinese Style dan saya owner… tak cukup lagi. . dia mintak ku mengucap pulak…🫠.

“Takpelah asal beliau bahagia. Cuma ‘tanglung’ pun boleh jadi isu ye guys. Cakap 1Malaysia 🇲🇾. For me Tanglung is just a Lamp ✌️,” catatnya lagi.

Melalui hantaran lain di akaun Facebook yang sama, Wa Nita Ini mengakui bahawa ibu mentuanya merupakan Cina Muslim.

Related Posts

Isu AKPS perlu diperhalusi – Mustapha

SEPANGGAR – Isu berkaitan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) perlu diperhalusi susulan wujud kekeliruan berkaitan pelaksanaannya di Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tindakan keluar PKR perkara biasa – Mustapha

SEPANGGAR – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud menyifatkan tindakan beberapa pemimpin meninggalkan parti berkenaan sebagai perkara biasa dan tidak mengejutkan parti itu. Katanya, PKR sudah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tentera Darat tambah baik syarat pengambilan perajurit

Tentera Darat tambah baik syarat pengambilan perajurit

Pekerja ladang maut dihempap tandan kelapa sawit

Pekerja ladang maut dihempap tandan kelapa sawit

Isu AKPS perlu diperhalusi – Mustapha

Isu AKPS perlu diperhalusi – Mustapha

Tindakan keluar PKR perkara biasa – Mustapha

Tindakan keluar PKR perkara biasa – Mustapha

Hukuman pensyarah rompak bank, tembak mati pengawal keselamatan kekal

Hukuman pensyarah rompak bank, tembak mati pengawal keselamatan kekal

Sarawak sambut baik kelulusan RM445 juta naik taraf Lapangan Terbang Miri

Sarawak sambut baik kelulusan RM445 juta naik taraf Lapangan Terbang Miri