WASHINGTON – Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden semalam.
Ia menandakan perubahan besar dalam pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang dijangka memberi kesan mendalam kepada masyarakat AS dan dunia, lapor Agensi Anadolu (AA).
“Saya, Donald John Trump, dengan ini bersumpah untuk melaksanakan tugas sebagai Presiden AS dengan setia.
“… dan akan dengan sedaya upaya saya memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan AS,” kata Trump dalam ucapan ringkas di Capitol AS.
Selepas majlis pelantikan, Trump meninggalkan Capitol dan menuju ke Arena Capital One yang berdekatan, di mana beliau akan menyampaikan ucapan kepada penyokongnya dalam satu perhimpunan yang turut menampilkan perarakan presiden.





