Lelaki maut, kereta bertembung dengan lori lapan tan

KOLA BELUD – Seorang lelaki berumur 58 tahun meninggal dunia apabila kereta dinaiki bertembung dengan lori di Jalan Kelawat kira-kira pukul 8.05 malam pada Khamis.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud,  Penolong Penguasa Bomba Muhammad Syazwan Latun terdapat empat mangsa satu meninggal manakala tiga daripadanya cedera.

“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah jenis Toyota Hilux telah bertembung dengan sebuah lori lapan tan yang membabitkan empat orang mangsa.

“Pasukan bomba mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di Toyota Hilux menggunakan peralatan khas ‘rescue tools’ dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dilokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan. 

Tambah beliau, mangsa diserahkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, tiga orang mangsa lelaki yang menaiki lori terbabit hanya mengalami kecederaan dan diberikan rawatan oleh pasukan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) Bomba dan seterusnya diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.24 malam setelah memastikan tiada bahaya lain wujud.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3