Pekerja maut terkena renjatan elektrik

MEMBAKUT – Seorang pekerja lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung (Kg) Sinoko, Jalan Bambangan, di sini, pada petang Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Penolong Penguasa Bomba Mohd Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada pukul 4.20 petang.

“Setibanya di lokasi pada pukul 4.40 petang, pasukan bomba mendapati mangsa yang berusia 19 tahun dipercayai terkena renjatan elektrik semasa sedang bekerja.

“Menurut rakan mangsa, kemalangan itu berlaku semasa mangsa sedang menjalankan kerja-kerja memasang talian internet.

“Mangsa kemudian telah dihantar ke hospital oleh rakan sekerjanya sebelum ketibaan pasukan bomba namun disahkan meninggal dunia di hospital oleh doktor yang bertugas,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Johainin, seramai lima orang anggota bomba bersama sebuah jentera penyelamat telah digerakkan ke lokasi dengan jarak 28 kilometer (km) dalam operasi itu.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi kemudian ditamatkan pada pukul 5.12 minit petang,” katanya. 

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills