Tiada penyakit berjangkit baharu dikesan di China

BEIJING – Tiada penyakit berjangkit baharu dikesan di China manakala penyakit berjangkit pernafasan yang wujud ketika ini adalah disebabkan oleh patogen yang diketahui, menurut seorang pakar Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (China CDC), lapor Xinhua.

Influenza kini menjadi penyakit utama yang mendorong pesakit dengan jangkitan pernafasan akut mendapatkan rawatan di institusi kesihatan, kata Wang Liping, penyelidik China CDC, pada sidang media Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) pada Ahad.

Data menunjukkan tahap intensiti influenza kekal sederhana di kebanyakan wilayah dan dengan cuti musim sejuk bagi sekolah rendah dan menengah, penyebaran influenza dijangka menurun pada pertengahan hingga akhir Januari, kata Wang.

Berkenaan virus manusia metapneumovirus (HMPV), Wang menjelaskan ia beredar dalam kalangan manusia selama beberapa dekad dan peningkatan laporan mengenainya dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh kemajuan dalam kaedah pengesanan.

Tambahnya, secara keseluruhan, intensiti penyakit berjangkit pernafasan dan tekanan perubatan yang berkaitan pada tahun ini tidak dijangka melebihi tahun lalu.

Walaupun terdapat peningkatan kunjungan ke klinik dan jabatan kecemasan di seluruh negara, jumlahnya masih di bawah paras bagi tempoh yang sama tahun lalu, dan tiada kekurangan sumber perubatan yang ketara, menurut pegawai NHC, Gao Xinqiang.

Sejak Oktober 2024, suruhanjaya itu bersama China CDC dan pihak berkuasa lain merangka rancangan serta menjalankan pemantauan berkala, menggerakkan sumber dan tenaga kerja dari seluruh negara untuk memastikan perkhidmatan perubatan kekal stabil dan teratur, kata Gao.

Dari segi langkah pencegahan, Wang berkata hasil pemantauan influenza menunjukkan varian dominan yang kini beredar ialah subjenis H1N1.

Tambahan pula, analisis antigenik membuktikan keberkesanan varian vaksin influenza tahun ini terhadap subjenis itu.

Analisis rintangan ubat turut menunjukkan virus influenza yang beredar adalah sensitif terhadap ubat antivirus, mengesahkan keberkesanan rawatan ubat itu, tambahnya.

Wang turut menasihati agar semua individu berumur 6 bulan ke atas menerima vaksin influenza tahunan, selagi tiada kontraindikasi atau kesan sampingan yang buruk.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam