Gencatan senjata Gaza semakin hampir – Hamas

HAMAS mengumumkan bahawa draf perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza telah siap dan kini hanya menunggu kelulusan daripada Israel sekaligus menandakan kemajuan yang berpotensi dalam usaha menghentikan permusuhan.

Jurucakap kumpulan pejuang Palestin, Jihad Taha, memberitahu saluran berita pan-Arab yang berpangkalan di London, Al-Araby Al-Jadeed TV, bahawa perantara telah memuktamadkan draf yang menggariskan syarat-syarat gencatan senjata dan pertukaran tahanan.

Katanya, pihak Hamas sedang menunggu wakil Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Doha untuk meluluskan dan menandatangani perjanjian tersebut, lapor Anadolu.

Rundingan gencatan senjata dilaporkan telah berlangsung secara positif, dengan Al Araby TV yang berpangkalan di Qatar memetik pegawai Hamas yang mengatakan rundingan hampir mencapai kesimpulan.

“Beberapa jam akan datang digambarkan sebagai kritikal untuk memuktamadkan perjanjian,” katanya.

Al Araby TV melaporkan bahawa dalam fasa awal draf tersebut, Israel akan berundur dari titik-titik tertentu, termasuk persimpangan sempadan Rafah di Gaza selatan dan sebahagian Koridor Philadelphi — zon penampan di sempadan Gaza dan Mesir.

Selepas itu, seminggu selepas gencatan senjata bermula, tahanan akan dibebaskan, dan Israel akan berundur dari kawasan yang telah dipersetujui.

Menurut laporan tersebut, Qatar, Mesir, dan Amerika Syarikat dijangka bakal mengadakan sidang media untuk mendedahkan butiran, jadual pelaksanaan, dan tarikh mula.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengesahkan pada Khamis bahawa kemajuan telah dicapai dalam perjanjian tersebut.

Tentera Israel meneruskan perang pembantaian di Gaza yang telah mengorbankan lebih daripada 46,500 mangsa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Oktober 2023, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap pada November terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas perang yang dilancarkan terhadap wilayah tersebut.

Related Posts

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi yang mengorbankan nyawa orang awam dan menyebabkan ratusan lagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

SURAT THANI – Ratu Thailand, Ratu Suthida Bajrasudhabimalalakshana membuktikan baginda berada dalam kelas tersendiri apabila melakar sejarah dunia menjadi ratu pemerintah pertama yang berjaya menerbangkan jet pejuang supersonik secara solo.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak