MBPJ tutup, sita premis warga asing

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menutup dan menyita empat premis tanpa lesen dikendali warga asing dalam operasi penguatkuasaan dan pemantauan, kelmarin.

MBPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi yang bermula pada jam 3.30 petang di sekitar kawasan PJS2 turut disertai Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.

“Operasi penguatkuasaan dan pemantauan susulan telah dilaksanakan MBPJ di sekitar kawasan PJS 2 semalam dalam usaha membanteras premis-premis perniagaan tanpa lesen khususnya yang melibatkan warga asing.

“Operasi juga bagi menilai tahap kepatuhan pemilik perniagaan di kawasan tersebut,” menurut kenyataan itu.

MBPJ berkata, tindakan penguatkuasaan itu akan terus dilaksanakan dan diperluaskan ke kawasan-kawasan ‘hotspot’ yang melibatkan warga asing.

“Ini termasuk berdasarkan aduan yang diterima oleh majlis (MBPJ) bagi memastikan semua pihak mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu