Empat gereja di Tawau terima bantuan baik pulih, cat dari PM

TAWAU – Empat gereja di Tawau menerima bantuan baik pulih dan cat daripada Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rumah ibadat berkenaan adalah Gereja Baptis Apas Balung, Gereja Baptis Kuala Nansang, Gereja Baptis Serudung dan Gereja Basel Serudung.

Ketua Cabang PKR Tawau, Fung Thin Yein berkata, bantuan berkenaan antara gambaran jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Semoga dengan peruntukan cat ini, rumah-rumah ibadat tampak lebih ‘hidup’, membangkitkan semangat motivasi, keceriaan dan keselesaan kepada para jemaah gereja apabila melakukan ibadat mereka.

“Setakat ini kita telah membantu empat gereja agar lebih berwajah baharu dan sudah pasti kita akan berusaha untuk membantu banyak lagi pusat ibadat lain,” katanya ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press, pada Khamis.

Menurut Fung, sumbangan itu sebelum ini disalurkan kepada pihaknya selepas hasrat membantu gereja terlibat dimajukan kepada Setiausaha Politik (Supol) Pejabat Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang