Hantaran palsu fitnah PM: Ustaz Zamri Mantop disiasat MCMC

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Itulah yang berlaku kepada ADUN Pas, Mohd Zamri Mohd Zainuldin.

Gara-gara hantaran palsu melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan berisiko dengan tindakan lanjut.

ADUN Sungai Burong itu dipanggil oleh pihak berkuasa untuk diambil keterangannya berkaitan isu tersebut pada 7 Januari lalu.

Menurut MCMC dipetik Malaysiakini, mereka menerima aduan daripada orang ramai berkaitan hantaran tidak benar melibatkan Anwar baru-baru ini.

Kata MCMC, siasatan mendapati kebanyakan akaun berkenaan adalah palsu namun satu daripadanya milik Mohd Zamri atau lebih dikenali sebagai Ustaz Zamri Mantop.

“Susulan itu, MCMC telah merakam percakapan ADUN berkenaan bagi membantu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dalam pemeriksaan yang dijalankan bersama PDRM, satu unit telefon pintar dan satu unit kad SIM telah diminta untuk diserahkan sebagai bahan bukti kes bagi membantu siasatan,” katanya.

Hantaran di Facebook Mohd Zamri itu yang mendakwa Anwar “menderhaka” kononnya kerana mengajak orang ramai berhimpun memberi sokongan kepada seorang aktivis PKR yang didapati bersalah oleh mahkamah.

Bagaimanapun hantaran yang dikaitkan dengan Mohd Zamri itu kemudian didapati disunting kemudian sebelum diturunkan oleh “admin” akaun media sosial berkenaan.

“Mohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan berjanji ia tidak akan berulang kembali – Admin,” tulis hantaran tersebut.

Tambah MCMC, analisis forensik akan dijalankan ke atas peranti itu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Related Posts

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong penuh hasrat kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

PEMANSUHAN Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai realisasi perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak beliau menjadi aktivis mahasiswa. Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Program KOMPAK perkasa kompetensi ketua komuniti di Saribas

Program KOMPAK perkasa kompetensi ketua komuniti di Saribas

Permintaan tinggi, Tiket MADANI F1 GP Bahrain di Sepang habis terjual

Permintaan tinggi, Tiket MADANI F1 GP Bahrain di Sepang habis terjual