Padah sembunyi minyak masak peket, KPDN Perak sita 303kg dengan nilai anggaran RM757.50

TAIPING – Padah menjual mahal serta menyembunyikan minyak masak peket bersubsidi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita sejumlah 303 kilogram (kg) dengan anggaran rampasan bernilai RM757.50.

Serbuan Ops Samar oleh KPDN Cawangan Taiping dilakukan ke atas sebuah kedai runcit di Halaman Pasar, di sini, pada Isnin.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pihaknya bertindak hasil maklumat dan aduan orang awam yang mendakwa pemilik premis berkenaan menjual minyak masak peket 1kg bersubsidi dengan harga mahal.

Jelasnya, barang itu sepatutnya dijual pada harga yang ditetapkan kerajaan iaitu RM2.50 namun dia menjual dengan harga RM2.80 iaitu lebih 30 sen.

“Taktik menyembunyikan minyak masak peket itu terbongkar apabila pasukan kita menyerbu premis itu sekitar jam 1 tengah hari pada Isnin.

“Satu tindakan uji beli melalui Ops Samar telah dilaksanakan dan hasil mendapati pekerja premis memaklumkan bahawa minyak masak peket 1kg telah habis dijual.

“Curiga dengan jawapan itu, satu pemeriksaan lanjut dilakukan oleh sepasukan pegawai serta penguat kuasa beruniform dan telah menemui sebanyak 303kg minyak masak peket 1kg yang disimpan di stor simpanan barang.

“Manakala sebahagiannya ditemui di dalam kaunter bayaran premis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ujar beliau, selain menyita kesemua 303kg minyak, pihaknya turut menyita beberapa dokumen berkaitan kerana disyaki secara palsu menafikan bahawa dia mempunyai barang kawalan berjadual iaitu minyak masak peket 1kg dalam milikannya.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“KPDN memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan,” ujarnya tegas.

Related Posts

Flat didakwa penempatan Rohingya di Sungai Tekali mula diroboh

HULU LANGAT – Struktur bangunan flat empat tingkat yang didakwa dibina secara tidak sah dan menjadi penempatan komuniti Rohingya di Sungai Tekali di sini mula dirobohkan hari ini. Penghulu Kampung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIMAP terima hampir 2,000 pelajar diploma, 649 daripada keluarga B40

PAUH PUTRA – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) menerima hampir 2,000 pelajar baharu bagi mengikuti pengajian peringkat diploma untuk Sidang Akademik 2026/2027 yang bermula hari ini. Daripada jumlah itu, seramai 649…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Flat didakwa penempatan Rohingya di Sungai Tekali mula diroboh

Flat didakwa penempatan Rohingya di Sungai Tekali mula diroboh

UNIMAP terima hampir 2,000 pelajar diploma, 649 daripada keluarga B40

UNIMAP terima hampir 2,000 pelajar diploma, 649 daripada keluarga B40

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi