PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berharap lebih ramai calon muda diberikan peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ketua AMK Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pemilihan calon tidak seharusnya bersandarkan faktor usia semata-mata, sebaliknya perlu memberi keutamaan kepada individu yang berkelayakan, berwibawa dan mempunyai keupayaan untuk mewakili rakyat.

Menurut beliau, ruang kepada calon daripada AMK wajar diperluaskan memandangkan sebahagian besar pengundi pada kedua-dua PRN tersebut terdiri daripada golongan berusia 45 tahun ke bawah.

Katanya, AMK telah mengenal pasti beberapa calon berpotensi dan mengemukakan senarai nama berkenaan kepada jawatankuasa pemilihan calon parti untuk pertimbangan.

“Kita telah mengenal pasti calon-calon yang berpotensi dan senarai tersebut telah dihantar kepada jawatankuasa pemilihan calon.

“Kini hanya menunggu keputusan penilaian yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Sabtu.

Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata, AMK akan menggerakkan jentera secara maksimum bagi membantu kempen pilihan raya di kedua-dua negeri berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau berpandangan PRN Johor dan Negeri Sembilan sepatutnya diadakan secara serentak bagi memudahkan penyelarasan gerak kerja jentera selain menjimatkan kos pelaksanaan pilihan raya.

“Keputusan menetapkan tarikh berbeza bagi kedua-dua PRN ini wajar diberikan penjelasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan hari pengundian bagi PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai, manakala PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos.

Bagi PRN Johor, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 27 Jun dan 7 Julai.

Sementara itu, bagi Negeri Sembilan, penamaan calon akan berlangsung pada 18 Julai dan pengundian awal pada 28 Julai 2026.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans