DAPSY Sabah anjur konvensyen pada 19 Januari depan

KOTA KINABALU – Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sabah akan mengadakan Konvensyen Biasa Tahunan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 19 Januari, Ahad.

Menurut Setiausahanya, Chan Loong Wei berkata, mesyuarat itu akan dihadiri ahli-ahli dari seluruh negeri Sabah.

“Mesyuarat itu akan dimulakan seawal pukul 10 pagi, dengan ahli-ahli dari seluruh negeri dijangka berkumpul dengan penuh semangat.

“Ia adalah untuk membincangkan hala tuju dan pendirian sayap pemuda parti,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, pemilihan kepimpinan DAPSY Sabah juga bakal diadakan tahun ini memandangkan proses penamaan calon sudah selesai pada 25 Disember lepas.

“Sebuah pasukan dibentuk hasil pencalonan oleh semua bahagian di seluruh Sabah bertujuan untuk memajukan pertumbuhan DAPSY Sabah dan menangani kebimbangan rakyat dan ia sebagai cerminan semangat perpaduan dan komitmen bersama,” kongsinya. 

Tambah beliau, perasmian konvensyen akan disempurnakan oleh Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe yang akan turut dihadiri oleh  Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan DAPSY, Woo Kah Leong.

Related Posts

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

KANGAR – Kegiatan seorang pembantu kedai dipercayai mengutip dan menjual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar selepas dia ditahan dalam Ops Tiris 4.0 di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

KUANTAN – UMNO Bahagian Jerantut meneruskan semangat ‘Aku Budak UMNO’ atau ABU dengan menambahnya sebagai ‘Aku Berjuang untuk UMNO’. Ia adalah sebagai suntikan semangat tambahan kepada akar umbi parti dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan