Hasrat tangkap ketam berakhir maut terkena renjatan elektrik

KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik semasa menangkap ketam di Lorong Kuala Neutron Kampung (Kg) Likas di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Jos Guasi berkata, mangsa berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan di tempat kejadian.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10.45 malam, seramai 10 anggota bomba diketuai Komander Operasi, Mohammad Faizal Alias tiba di lokasi pada pukul 10.52 malam.

“Kemudian, pasukan bomba bertindak mengalihkan mangsa ke tempat selamat selepas bekalan elektrik diputuskan oleh pihak Sabah Electricity (SE).

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Katanya, operasi tamat pada pukul 12.50 tengah malam setelah memastikan tiada bahaya lain.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti