Orang ramai berpeluang nikmati kompaun khas RM150 bagi tiga kesalahan sehingga Jun depan

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menawarkan bayaran kompaun khas dengan kadar rata sebanyak RM150 selama enam bulan, bermula esok hingga 30 Jun 2025.

Menterinya, Anthony Loke berkata, kompaun khas itu ditawarkan kepada tiga jenis kesalahan termasuk saman sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS-Saman 53A), 114 (Notis Temu Siasat) dan 115 (Notis Saman Tampal/JPJ(P)23).

“Saman AWAS melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju. Ketiga-tiga notis ini biasanya kadar kompaun biasa RM300.

“Jadi kita beri kadar kompaun khas selama enam bulan, bermula 3 Januari untuk mereka menyelesaikan kompaun tertunggak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian cawangan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Presint 4, hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony memaklumkan, bagi kesalahan di bawah AWAS, sebanyak 2 juta saman direkodkan masih tertunggak sejak enam tahun lalu.

Katanya, kadar kompaun khas itu hanya ditawarkan kepada orang awam yang membuat bayaran melalui kaunter JPJ, portal awam, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ dan Aplikasi MyJPJ sahaja.

“Bagi saluran aplikasi MyJPJ, pembayaran mula dibuka pada 2 Januari 2025. Tiada tawaran pembayaran kompaun khas melalui saluran MyEG.

“Bagi notis AWAS sahaja kita ada sebanyak 2 juta saman yang tertunggak sejak 2018 hingga sekarang. Ketika itu pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH), saya selaku Menteri Pengangkutan, kita memansuhkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum digantikan dengan AWAS.

“Memang ada sekatan kepada mereka yang tidak membayar atau menyelesaikan saman AWAS, sekiranya tidak dapat diselesaikan, mereka tidak boleh memperbaharui lesen memandu atau lesen kenderaan motor mereka,” katanya.

Sementara itu, Anthony berkata,  tiada pengumpulan mata demerit mulai 3 Januari hingga 30 Jun 2025 yang mana dalam tempoh ini Bahagian Penguatkuasa akan membuat kajian semula berhubung kaedah pelaksanaan Sistem Mata Demerit.

“Kegagalan orang awam mengambil peluang ini akan mengakibatkan berlaku sekatan urusniaga selepas tempoh tawaran pembayaran khas kompaun yang akan dilaksanakan oleh pihak JPJ,” katanya.

Related Posts

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

SUNGAI PETANI – Semua universiti termasuk institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) perlu mewujudkan jabatan kecerdasan buatan (AI) bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM

SUNGAI PETANI – Perdebatan politik di Johor dan Negeri Sembilan seharusnya tertumpu kepada keadilan dan peluang sama rata, bukan retorik perkauman atau politik perpecahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

‎Ruji Ubi dilantik Setiausaha PH Sabah dalam penstrukturan semula kepimpinan

‎Ruji Ubi dilantik Setiausaha PH Sabah dalam penstrukturan semula kepimpinan

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP

Pengunduran Marina tidak jejaskan sokongan Melayu kepada DAP

Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM

Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM