ALP Hospital Tawau, PKR Tawau santuni pesakit, salur peralatan kesihatan

TAWAU – Ahli Lembaga Pelawat (ALP)  Hospital Tawau dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tawau komited menyantuni pesakit yang memerlukan bantuan peralatan kesihatan di sekitar daerah ini. 

Pengerusinya, Fung Thin Yein berkata, usaha itu antara inisiatif kedua-dua pihak sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR). 

“Baru-baru ini kita menyantuni tiga pesakit di kediaman mereka termasuk yang terlantar kerana mengalami strok di Univilla dan Taman Tawau Lama serta menggantikan kerusi roda baharu untuk seorang pesakit di Batu 4. 

“Oleh itu, bantuan seperti kerusi roda, lampin pakai buang dan susu tepung untuk kesihatan mereka telah kita berikan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin. 

Menurut Fung, para penerima ini adalah mereka yang telah dikenal pasti untuk dibantu selain kerap mendapatkan rawatan di hospital dan akan diteruskan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan dan mobiliti mereka agar merasakan kebebasan bergerak seperti individu lain. 

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP