Setiap satu jam, seorang kanak-kanak Gaza terbunuh

SEKURANG – kurangnya 14,500 kanak-kanak Palestin telah terbunuh dalam perang berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak tahun lepas, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA).

“Setiap jam, seorang kanak-kanak terbunuh. Ini bukan sekadar angka. Ini adalah nyawa yang telah terkorban.

“Membunuh kanak-kanak tidak boleh dibenarkan. Mereka yang terselamat mengalami kesan fizikal dan emosi,” kata UNRWA dalam satu kenyataan.

Kata agensi tersebut, tanpa peluang pembelajaran dan pendidikan kanak lelaki dan perempuan Palestin di Gaza hanya menyelongkar di sebalik runtuhan tanpa pembelaan, lapor Anadolu.

“Jam terus berdetik untuk kanak-kanak ini. Mereka kehilangan nyawa, masa depan, dan terutamanya harapan mereka,” katanya.

Israel terus melancarkan perang genosid ke atas Semenanjung Gaza sejak serangan pada 7 Oktober tahun lepas, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru untuk gencatan senjata segera.

Lebih 45,300 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh dan lebih 107,700 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Bulan lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga sedang menghadapi pendakwaan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di Gaza.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar