Pokok hiasan Krismas terbakar

SANDAKAN – Sebatang pokok hiasan bagi perayaan Krismas terbakar di Bulatan IJM, Batu 6 di sini, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya segera menerima panggilan kecemasan di talian 999 pada pukul 3.37 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak enam kilometer dari balai bomba.

“Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan pokok Krismas tiruan di bulatan jalan raya.

“Operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan satu aliran dan api berjaya dikawal pada pukul 3.50 pagi,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Severinus, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kebakaran tersebut.

“Operasi berakhir sepenuhnya pada pukul 3.53 pagi,” katanya.

Related Posts

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menambah peruntukan sebanyak RM5 juta bagi Program MamaKerja menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kepada RM10 juta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

SERI KEMBANGAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih meneruskan operasi pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran di Pasar Borong Selangor, Pusat Bandar Putra Permai, dekat sini bagi memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan