Rakyat puas hati, rating PMX terus meningkat

RATING Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri terus meningkat kepada 54 peratus ketimbang 50 peratus, tahun lalu.

Tinjauan Merdeka Center awal bulan ini berhubung kadar penilaian prestasi menunjukkan majoriti pengundi Malaysia memberikan Anwar penilaian positif dan berpuas hati dengan segala hasil kerja beliau dalam menarik pelaburan, memperbaiki imej negara dan memperkukuh perkhidmatan awam.

“Secara keseluruhan, pengundi berpuas hati dengan prestasi perdana menteri dalam bidang seperti menarik pelaburan, memperbaiki imej negara dan memperkukuh perkhidmatan awam.

“Namun, mereka memberikan pandangan pelbagai terhadap usaha mengukuhkan ekonomi,” menurut kenyataan Merdeka Center.

Tinjauan dari 27 November hingga 10 Disember lalu untuk mengukur persepsi pengundi terhadap perkembangan semasa.

Sebanyak 1,207 pengundi berdaftar ditemu bual melalui telefon talian tetap dan mudah alih dengan komposisi responden mencerminkan profil pilihan raya kebangsaan.

Ia terdiri daripada 52 peratus Melayu, Cina (29 peratus), India (tujuh peratus) dan masing-masing enam peratus bagi Bumiputera Muslim dan Bumiputera bukan Muslim (dari Sabah dan Sarawak).

Responden dipilih menggunakan pensampelan rawak berstrata mengikut kumpulan umur, etnik, jantina dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tinjauan ini dibiayai sepenuhnya oleh sumber kewangan dalaman Merdeka Center.

Sebelum ini, kaji selidik dikeluarkan Merdeka Center pada Disember tahun lalu melaporkan kadar penilaian kelulusan Anwar sebagai Perdana Menteri menurun kepada 50 peratus daripada 68 peratus pada Disember 2022.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan