Kerajaan beri subsidi diesel kepada pengusaha feri, bot penumpang

PUTRAJAYA – Pengusaha feri atau bot penumpang dan perkhidmatan feri RORO di pulau-pulau utama di Malaysia akan menikmati subsidi diesel dengan ketetapan harga siling sebanyak RM2.50 seliter, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, subsidi diesel itu akan dinikmati oleh kira-kira 40 orang pengusaha perkhidmatan dengan kadar maksimum subsidi sebanyak 50 sen seliter.

Loke berkata subsidi diesel tersebut akan dibekalkan di laluan-laluan strategik perkhidmatan
feri atau bot penumpang dan feri RORO melibatkan pulau-pulau utama di Semenanjung seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Ketam, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau Pinang.

“Pemberian subsidi itu adalah sejajar dengan usaha keprihatinan Kerajaan Madani untuk memastikan keberlangsungan dan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Subsidi ini juga dijangka memberikan impak yang positif kepada para pengusaha feri atau bot penumpang dan feri RORO dengan mengurangkan bebanan kos operasi khususnya yang melibatkan kos bahan bakar,” katanya dalam satu sidang media di Kementerian Pengangkutan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata, subsidi bersasar itu hanya terpakai kepada pengusaha – pengusaha perkhidmatan di pulau-pulau di Semenanjung berikutan kenaikan harga diesel selepas diapungkan sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, sekiranya didapati ada pengusaha yang tetap menaikkan kadar tambang pengangkutan awam air tersebut walaupun selepas menerima subsidi bahan bakar, sudah tentu pemberian subsidi mereka akan ditarik balik.

“Kita akan pantau jika ada yang menaikkan harga, sudah tentu orang ramai boleh buat aduan kepada kementerian kalau ada mana-mana pengusaha feri menaikkan kadar tambang selepas mendapat subsidi.

“Sudah tentu kita akan ambil tindakan dan menarik balik malah bukan sahaja itu, pengusaha perkhidmatan yang menaikkan kadar tambang tanpa persetujuan daripada Kementerian Pengangkutan, lesen mereka akan ditarik balik,” katanya.

Jelasnya, Kementerian Pengangkutan menegaskan bahawa meskipun pemberian subsidi diesel itu bertujuan untuk meringankan kos operasi pengusaha feri, namun adalah menjadi tanggungjawab para pengusaha untuk memastikan mutu perkhidmatan dan aspek keselamatan feri dipertingkatkan sekaligus menawarkan perkhidmatan yang lebih efisien dan berdaya saing kepada para pengguna.

Tambah Loke, antara syarat-syarat untuk menikmati subsidi diesel ini, pengusaha perkhidmatan mesti berdaftar dengan Jabatan Laut Malaysia dan mendapat bekalan diesel daripada syarikat bunker atau skid tank yang disahkan oleh pihak berkuasa.

“Selain itu, pengusaha yang layak perlu mengemukakan permohonan kuota pembelian diesel kepada Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD) di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Tuntutan subsidi diesel perlu dibuat secara bulanan berdasarkan kadar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada setiap bulan dan mengemukakan dokumen tuntutan yang disahkan oleh Jabatan Laut Malaysia ke Kementerian Kewangan serta satu salinan kepada Stesen Kastam terdekat untuk proses verifikasi tidak lewat daripada 20 hari bulan bagi bulan berikutnya,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM