Apabila hati sudah hitam

BANYAK perkara baik dilaksanakan Kerajaan Perpaduan tetapi walaun tetap melalak.

Mereka membutakan mata; memekakkan telinga; menumpulkan akal budi.

Sebagai contoh, kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam dan mulai hari ini keputusan itu dinikmati kira-kira 1.5 juta orang yang terlibat dalam sektor tersebut.

Malangnya, di media sosial, walaun berteriak mengatakan Kerajaan Perpaduan zalim dan tidak perlu dipercayai.

Apabila diminta memberikan hujah bernas, mereka hanya membalas dengan kata-kata kurang adab.

Mereka hanya mampu melontarkan kata-kata berbentuk carutan, makian, dan hinaan.

Tidak kurang juga hanya mampu menulis perkataan ‘ketimbang’, bagi membakar hati penyokong Kerajaan Perpaduan.

Tanpa mengetahui asal usul perkataan itu dan kaitannya dengan proses pembentukan kosa kata dan peristilahan, mereka menggunakan ‘ketimbang’ semahu-mahunya untuk menyerang Kerajaan Perpaduan.

Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang membadutkan diri dan mempamerkan kedangkalan puak walaun sendiri.

Mereka mengatakan bahawa tidak perlu berterima kasih kepada Kerajaan Perpaduan dalam isu kenaikan gaji kerana itu bukan duit Kerajaan Perpaduan sebaliknya itu duit rakyat.

Nampak atau tidak betapa bengapnya kaum walaun – membudayakan amalan tidak perlu berterima kasih.

Kalau begitu kata mereka, tidak perlulah berterima kasih kepada ibu bapa yang menyara kehidupan anak-anak kerana itu sememangnya tanggungjawab ibu bapa.

Adakah itu juga bermakna tidak perlu berterima kasih kepada guru, kepada doktor, kepada polis, kepada pengawal keselamatan, dan sebagainya kerana tugas mereka itu memang tanggungjawab mereka.

Kelmarin pula berlaku kenaikan pencen, tetapi yang dibisingkan walaun ialah isu kadar kenaikan itu tidak menepati angka yang diumumkan.

Atas perkembangan itu, mereka menuduh Perdana Menteri ‘spin’ (menipu) pada hal itu berkemungkinan berlaku disebabkan masalah teknikal dan tidak melibatkan majoriti pesara.

Malangnya, walaun lebih suka memilih untuk bersikap biadab daripada menyelesaikannya secara bijaksana.

Di luar konteks penjawat awam dan pesara pula, dipaparkan hakikat bahawa Kerajaan Perpaduan turut membantu pihak lain umpamanya pekebun dan penoreh getah serta pekebun kelapa sawit.

Perkembangan baik dalam kedua-dua bidang pertanian itu – kenaikan harga komoditi berkenaan – tidak diterima dengan perasaan bersyukur oleh walaun.

Mereka sebaliknya lebih suka mencari kesalahan kerajaan dengan melabelkan gelaran buruk kepada Kerajaan Perpaduan.

Ditimbulkan isu ketiadaan beras tempatan pada hal sudah kerap dijelaskan hal itu ada kaitan dengan kekurangan beras import dari India.

Mereka gagal memahami bahawa selama ini pun bekalan beras tempatan sememangnya tidak cukup untuk kegunaan rakyat negara ini tetapi dapat ditampung oleh pengimportan beras India.

Mereka gagal memahami bahawa apabila baru-baru ini India mengehadkan eksport berasnya, maka Malaysia turut terkesan dan orang ramai membeli beras tempatan dan itu punca bekalan beras tempatan kelihatan ‘hilang’ ditambah pula sikap sesetengah pihak melakukan ‘pembelian panik’.

Tidak kurang juga kelihatan betapa hitamnya hati walaun dalam isu ‘kedai asam pedas’ di Johor.

Walaun berjemaah mengutuk pihak berkuasa menahan seorang remaja mualaf pada hal terang-terangan remaja itu menyebarkan kebencian ke atas institusi raja dan mencerca pemimpin.

Demikianlah teruk dan kroniknya penyakit hati yang sedang dialami puak walaun.

Mereka sebenarnya sedang mencalarkan imej Islam ketika mereka terpekik terlolong mendakwa memperjuangkan Islam.

‘Berat nnanang’ walaun!

Related Posts

Jika bukan Anwar, maka siapa?

DALAM politik, mengkritik sentiasa mudah. Terlalu mudah. Setiap hari kita melihat suara-suara yang mempersoalkan kepimpinan, mengkritik dasar, dan mempertikaikan keputusan kerajaan. Namun di sebalik semua kritikan itu, satu soalan besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi