Bijaksana dalam kemelut gelora

DUNIA ketika ini sedang dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi disebabkan oleh konflik geopolitik, ketegangan perdagangan, turun naik harga minyak dunia, serta kelembapan ekonomi mula memberi kesan kepada kehidupan harian kita.

Kesan ini tidak dirasai secara mendadak, ianya berlaku secara perlahan. Ini merupakan realiti, bukan hanya di Malaysia, ianya berlaku di seluruh dunia.

Rakyat Malaysia termasuk ‘walaun’ sebenarnya beruntung, kerajaan banyak membantu melalui subsidi, bantuan bersasar dan inisiatif ekonomi, tetapi tekanan luaran seperti harga minyak, kos import, dan kadar tukaran mata wang tetap berada di luar kawalan domestik.

Dalam keadaan ini, rakyat sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga selaras dengan seruan PMX.
Bukan kerana panik, tetapi untuk lebih bersedia.

Antara langkah terpenting ialah mewujudkan sinpanan kecemasan untuk situasi luar jangka, ianya akan berfungsi sebagai ‘kusyen keselamatan’ apabila berlaku perkara tidak dijangka seperti kehilangan pekerjaan, pengurangan pendapatan, atau kenaikan kos sara hidup secara mendadak.

Ramai beranggapan mereka hanya boleh menabung apabila mempunyai lebihan wang. ITU SALAH.

Pendekatan yang lebih realistik ialah menabung secara kecil tetapi konsisten. Walaupun mungkin hanya beberapa ringgit sehari, ianya boleh memberi kesan besar dalam jangka panjang.

Kita juga perlu menilai semula gaya hidup harian yang mungkin tanpa sedar meningkatkan perbelanjaan. Contohnya, penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang semakin menjadi kebiasaan.

Walaupun ia memudahkan, kos sebenar sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding membeli sendiri atau memasak sendiri di rumah jika berkesempatan.

Menimbang tara perbelanjaan tidak perlu yang memerlukan perbelanjaan besar seperti melancong juga perlu dijadikan amalan. Ini bukan bermaksud tidak boleh bercuti, tetapi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kestabilan kewangan perlu menjadi keutamaan.

Jika ada lebihan tunai, menyimpan emas adalah alternatif bijak. Emas merupakan aset komoditi yang lebih stabil ketika krisis ekonomi. Namun langkah ini hanya sesuai jika mempunyai kemampuan. Jangan memaksa diri atau berhutang untuk membeli emas apatah lagi mengikuti skim-skim pelaburan yang tidak jelas.

Satu lagi langkah realistik yang semakin relevan ialah bekerja dari rumah seperti mana yang diimplementasikan oleh kerajaan ke atas perkhidmatan awam. Syarikat-syarikat swasta juga boleh meniru langkah ini.

Kos pengangkutan seperti minyak, tol, dan makan di luar sebenarnya merupakan antara perbelanjaan terbesar bagi ramai pekerja. Dengan mengurangkan perjalanan, seseorang boleh menjimatkan ratusan ringgit setiap bulan dan langkah ini adalah sangat signifikan.

Jaga kesihatan, kos perubatan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Jika seseorang jatuh sakit, ia bukan sahaja melibatkan kos rawatan, tetapi juga kehilangan pendapatan.

Dalam konteks ini, menjaga kesihatan sebenarnya merupakan salah satu bentuk perlindungan kewangan. Amalkan pemakanan sihat, tidur yang mencukupi dan senaman ringan boleh membantu mengurangkan risiko perbelanjaan besar akibat masalah kesihatan.

Dalam situasi sekarang, berhati-hati dengan hutang. Mengurangkan hutang dan mengelakkan komitmen kewangan baharu boleh membantu mengurangkan tekanan jika ekonomi menjadi lebih mencabar.

Sebaiknya, mula mencari sumber pendapatan tambahan sebagai langkah berjaga-jaga. Pendapatan sampingan, walaupun kecil, boleh membantu meningkatkan kestabilan kewangan.

Apa yang penting untuk difahami ialah krisis ekonomi tidak berlaku secara tiba-tiba. Ianya datang secara perlahan.

Harga naik sedikit demi sedikit, kuasa beli menurun sedikit demi sedikit, dan tekanan kewangan meningkat tanpa disedari. Mereka yang bersedia lebih awal akan lebih tenang menghadapi situasi ini.

Kurang-kurangkan mengutuk kerajaan, gunakan masa terluang untuk mencari alternatif membina nilai tambah. Kau jadi walaun pun bukannya kau jadi bijak.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori