Ribuan rakyat Sabah sambut ketibaan Tun Musa di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Ribuan rakyat Sabah membanjiri pekarangan Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) seawal pukul 8 pagi bagi menyambut ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu dilantik, Tun Musa Aman.

Pesawat khas yang membawa Musa dan rombongan selamat mendarat sekitar pukul 12.02 tengah hari.

Ketibaannya disambut oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif serta beberapa ahli jemaah Kabinet Negeri Sabah.

Pada Selasa, Musa secara rasmi menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam satu majlis diadakan di Istana Negara.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Musa sebelum ini juga pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-14 yang berkhidmat selama 15 tahun bermula 2003 hingga 2018.

Related Posts

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0