Tukang sapu mengaku sebar, jual bahan lucah dipenjara dua tahun

ALOR SETAR – Seorang tukang sapu dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan menyebar dan menjual kandungan lucah memaparkan perlakuan seks berkumpulan (swinger) pada Januari hingga Februari lalu.

Tertuduh dipenjarakan selepas gagal membayar wang denda yang ditetapkan sebanyak RM80,000 bagi kesemua empat pertuduhan terhadapnya.

Tertuduh, Kamarulnazri Desa@Yahaya, 45, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Mazdi Abdul Hamid.

Mengikut kertas pertuduhan, dia dituduh menggunakan aplikasi X bagi membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang sumbang sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 26 Januari dan 4 Februari lalu.

Oleh itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) akta yang sama bagi setiap pertuduhan.

Bagi pertuduhan seterusnya dia didakwa menggunakan aplikasi X bagi memberikan komunikasi lucah iaitu video melalui pautan aplikasi Telegram bagi maksud komersial kepada orang lain pada 8 dan 17 Februari lepas.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) akta yang sama bagi setiap pertuduhan.

Kesemua kandungan tersebut telah dilihat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di Jitra pada 20 Februari lalu jam 11.10 hingga 11.30 pagi.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Faten Hadni Khairuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh yang berasal dari Jitra memohon hukuman diringankan memandangkan perlu menyara seorang isteri dan empat anak dengan gaji bulanan sebanyak RM1,500.

Dua anaknya juga sedang melanjutkan pelajaran di universiti dan dia juga mengaku sudah insaf dengan perbuatannya selama ini.

Bagaimanapun, Faten Hadni berhujah agar mahkamah memberi hukuman yang setimpal memandangkan tindakan tertuduh tidak dapat diterima akal apabila turut merakamkan video aksi isterinya sendiri bersama lelaki lain.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM