
SANDAKAN – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sandakan menahan seorang wanita yang menggunakan sijil lahir orang lain semasa urusan gantian sijil kelahirannya, di sini, pada Selasa.
JPN Sabah dalam kenyataannya berkata, wanita tersebut ditahan oleh pegawai penguat kuasa agensi berkenaan ketika berurusan di JPN Sandakan.
“Siasatan awal mendapati bahawa sijil lahir yang digunakan oleh wanita itu bukan miliknya, sebaliknya milik individu lain.
“Sementara itu, wanita tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sandakan untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan tersebut.






