Felda taja 38 lepasan SPM lanjut pengajian bidang IT

KUALA LUMPUR – Seramai 38 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dalam kalangan generasi baharu Felda menerima tajaan RM130,000 setiap seorang bagi memulakan pengajian Ijazah Sarjana Muda bidang teknologi maklumat (IT) dan teknologi.

Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, inisiatif pendidikan melalui program Global Digital Leadership (GDL) itu adalah satu daripada usaha untuk memperkasa pelajar cemerlang Felda menguasai kemahiran dalam bidang kepimpinan digital global.

Beliau berkata, inisiatif itu bertujuan melahirkan generasi baharu Felda yang memiliki pengetahuan tinggi dan mahir dalam bidang digital yang semakin penting pada masa kini.

“Seiring kemajuan teknologi, pelajar mempunyai peranan penting membangunkan dan menerima pakai teknologi baharu.

“Mereka ini mampu menjadi ejen perubahan dalam memperkenalkan teknologi yang berupaya meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam pelbagai sektor.

“Tidak mustahil suatu hari nanti pelajar ini bakal menjadi pakar kepada negara dalam mengutarakan pandangan dan penciptaan teknologi terkini yang boleh dimanfaatkan semua pihak,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Tajaan Program GDL dengan kerjasama Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) di sini, hari ini.

Shabery berkata, kerjasama strategik awam swasta antara Felda dan APU yang dimulakan sejak 2022 secara keseluruhan memanfaatkan seramai 88 pelajar.

Beliau berkata, nilai tajaan RM130,000 untuk setiap pelajar itu bagi menampung keseluruhan pengajian.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor