Lelaki mirip Tengku Hassanal tular di TikTok

SEORANG lelaki tular di TikTok selepas wajahnya didakwa mirip Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Beberapa pemilik akaun di media sosial tersebut dipercayai kenalan rapatnya telah memuat naik video yang memaparkan wajah lelaki berkenaan.

Menerusi salah satu akaun TikTok yang dikenali sebagai NAMA SAYA MIKA, lelaki berkenaan hanya tersenyum sambil bermain telefon bimbit ketika gelagatnya dirakam.

“Kita dah jumpa sekali lagi… mirip Tengku Hassanal… sekarang dah ‘jam’ otak dia sebab dah viral dah banyak tempat dah.

“Pergi mana-mana dah tak boleh nak aman semua orang nak ambil gambar dengan dia sekarang… tak tahu la macam mana dia lepas ni kan.

“Semoga dia terus sukses sebagai mirip kepada Tengku Hassanal la..,” kata NAMA SAYA MIKA menerusi video tersebut.

Selain mendapat lebih 13,000 sukaan dan 643 komen, video berdurasi 23 saat turut mendapat 1,221 siaran semula.

Turut memuat naik video lelaki mirip Tengku Mahkota Pahang itu pemilik akaun bernama Diver_cult yang turut tular dengan lebih 65,000 sukaan.

Ia memaparkan lelaki tersebut sedang melakukan aktiviti di sebuah kolam renang yang dipercayai lokasinya di Kuala Lumpur.

Menerusi satu video pendek yang dimuat naik pemilik akaun Deq_an93, lelaki berkenaan seperti bekerja sebagai pasukan penyelamat DBKL.

Related Posts

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keberanian untuk berdialog dan mempertahankan pandangan berasaskan fakta mencerminkan kematangan sesebuah masyarakat dalam mendepani perbezaan pendapat. Beliau berkata, budaya dialog…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi di Johor supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih barisan kepimpinan negeri yang berintegriti, berwibawa dan komited memperjuangkan kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng