56 unit kontena rumah kongsi musnah terbakar

KUALA LUMPUR – Sebanyak 56 unit kontena yang dijadikan sebagai rumah kongsi musnah dalam satu kejadian kebakaran di Wangsa Maju di sini, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Timbalan Penguasa Bomba II, M Letchumanan berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 pagi.

“Seramai 21 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Keramat bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Letchumanan berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian terdapat kebakaran melibatkan rumah kongsi jenis kontena serta tempat simpanan barangan pekerjaan.

“Tindakan operasi pemadaman dengan menggunakan kaedah pemadaman secara ‘offensive dan defensive’ untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan berhampiran.

“Kebakaran tersebut turut melibatkan 56 unit kontena terbakar 100 peratus,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 10.27 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12:02 tengah hari.

“Tiada mangsa yang terlibat semasa kebakaran. Punca kebakaran masih dalam siasatan unit penyiasatan kebakaran,” katanya.

Related Posts

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keberanian untuk berdialog dan mempertahankan pandangan berasaskan fakta mencerminkan kematangan sesebuah masyarakat dalam mendepani perbezaan pendapat. Beliau berkata, budaya dialog…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi di Johor supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih barisan kepimpinan negeri yang berintegriti, berwibawa dan komited memperjuangkan kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng