Fitnah ke atas Agong dan PM tersebar luas

KISAH Yang di-Pertuan Agong – Sultan Ibrahim santap di sebuah restoran asam pedas di Johor bersama-sama Perdana Menteri (PM) – Datuk Seri Anwar Ibrahim pasa 9 Disember lalu dimanipulasi pihak tertentu ke dalam bentuk yang tidak beretika.

Mereka bukan sahaja menukar naratifnya kepada fitnah dan sangkaan jahat malahan melaksanakan hasutan sehinggakan menimbulkan kebencian yang melampau.

Dalam salah satu akaun yang dimiliki Muiz M@rqu&z melalui pautan https://vt.tiktok.com/ZS6eyBqxq/, banyak tersiar ulasan kecaman ke atas kedua-dua pemimpin negara itu.

Gambar kulit hantaran isu itu sendiri pun sangat tidak beradab dan menimbulkan seribu satu salah faham serta mendorong kebencian ke atas Kerajaan Perpaduan.

Itu ada hubung kaitnya dengan hampir keseluruhan video, gambar, dan teks hantaran lain yang dicipta pemilik akaun ini – bersifat anti-Kerajaan Perpaduan.

Sebelum itu ditularkan oleh aktivis media sosial bernama Rayyan Wong kisah halal haram kedua-dua pemimpin negara menikmati makan tengah hari di restoran asam pedas itu.

Berikutan itu, muncul hantaran oleh pelbagai akaun lain berkaitan perkara itu, dan kebanyakannya menyasarkan kecaman kepada Agong dan PM.

Kecaman berupa ‘doa’ dan harapan melihat Kerajaan Perpaduan tumbang ditulis sewenang-wenangnya seolah-olah yang menulis itu tidak terasuh oleh adab dan ajaran agama khususnya agama Islam.

Sekalipun dalam perkembangan terkini, aktivis bernama Rayyan Wong itu sudah meminta maaf dan memperibadikan videonya berhubung perkara itu, akaun lain yang antikerajaan terus ‘beroperasi’ dan menjadi wadah tersemainya naratif kebencian.

Daripada fenomena ini kelihatan tanda-tanda bahawa pihak yang propembangkang mengalih tumpuan dalam gerak kerja mereka untuk meruntuhkan Kerajaan Perpaduan.

Langkah ini dilihat berbentuk terancang dengan menyasarkan ‘pemukauan’ ke atas emosi orang Melayu iaitu memastikan orang Melayu tidak lagi menghormati institusi raja serta pemimpin kerajaan semasa.

Perkara ini sangat berbahaya jika dibiarkan kerana kelak rakyat menjadi kurang ajar.

Kita tidak perlu berdalih kerana buktinya sangat jelas sekarang.

Oleh itu, bertindaklah segera sebelum nasi menjadi bubur.

Related Posts

Jika bukan Anwar, maka siapa?

DALAM politik, mengkritik sentiasa mudah. Terlalu mudah. Setiap hari kita melihat suara-suara yang mempersoalkan kepimpinan, mengkritik dasar, dan mempertikaikan keputusan kerajaan. Namun di sebalik semua kritikan itu, satu soalan besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi