Ka Siong tak perlu jadi juara isu Adendum

PUTRAJAYA – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong sepatutnya faham mengenai kekangan dihadapi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hal berkaitan Titah Adendum.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim menjelaskan perkara itu bagi mempersoalkan kenyataan Ka Siong yang berkata peraturan subjudis tidak relevan kerana sistem mahkamah di Malaysia tidak menggunakan juri.

“Perdana Menteri tidak boleh menjawab isu Titah Adendum mantan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pembebasan bekas Perdana Menteri, Najib Razak dari hukuman penjara kepada tahanan rumah.

“Sejak bila ‘sub judice rule’ telah dimansuhkan dalam sistem perundangan negara ini?

“Apakah Tommy Thomas, Peguam Negara pada ketika itu memansuhkan peraturan subjudis dan Ka Siong memilih untuk menggunakan pandangan Tommy Thomas berbanding pandangan Peguam Negara sekarang untuk menjadi juara dengan mendesak Perdana Menteri untuk terus mengulas hal yang sedang dibicarakan?

“Apakah Ka Siong terlalu terdesak sehingga terpaksa mengolah peraturan perundangan mengikut selera tekak sendiri?

“Istana Pahang sendiri memilih untuk menghormati prosiding mahkamah dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, kenapa Ka Siong perlu bertindak lebih sudu dari kuah dalam hal ini?” soalnya menerusi satu kenyataan di laman sosial X.

Tambah Kamil, komen Ka Siong itu mungkin percubaan beliau untuk terus kekal relevan pada mata beberapa pihak dengan terus mendesak Perdana Menteri, meskipun penjelasan panjang lebar telah dibuat oleh Anwar di Dewan Rakyat tempoh hari.

Beliau meminta Ka Siong menyemak rekodnya sendiri dalam membela Najib sebelum mahu menjadi juara dalam isu Titah Adendum.

“Lupakah Ka Siong bahawa Najib dipenjara ketika zaman PM (Perdana Menteri) (Datuk Seri) Ismail Sabri Yaakob dan beliau ketika itu tidak selantang ini membela Najib?

“Negara ini negara hukum. Ada proses dan peraturannya. Justeru hormat proses ini,” ujarnya lagi.

Titah Adendum pembebasan Najib menjadi isu hangat sejak minggu lalu apabila Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa di Dewan Rakyat bahawa titah itu disembunyikan dan rakyat tahu kenyataan sebenarnya.

Bagaimanapun, Anwar menjelaskan isu berkenaan perlu diselesaikan di Mahkamah Rayuan pada Januari tahun depan sebelum kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri