Kongres PKR 2024 diadakan tahun depan

PONTIAN – Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2024 akan dilaksanakan tahun depan selepas ditangguhkan susulan banjir melanda beberapa negeri.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, acara yang akan diadakan di Johor itu dijangka berlangsung selepas Monsun Timur Laut berakhir atau selewatnya sebelum suku pertama tahun depan.

“Kita faham untuk mengadakan kongres ketika ini tidak sesuai kerana ramai yang terkesan dengan bencana banjir.

“Namun PKR tetap akan laksanakan juga kongres di Johor cuma tarikhnya akan ditentukan selepas Monsun Timur Laut. Mungkin pada suku pertama tahun depan selewatnya ia akan diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Dewan Masyarakat Kampung Seri Bunian di sini, pada Sabtu.

Sebelum itu, Kongres Nasional PKR 2024 dijadualkan berlangsung pada 14 dan 15 Disember di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, manakala Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita ditetapkan sehari sebelum itu di lokasi berbeza.

Bagaimanapun, pada 30 November lalu, PKR memutuskan untuk menangguhkan Kongres Nasional 2024 ekoran banjir di beberapa negeri ketika ini.

Related Posts

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PETALING JAYA – Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap pendudukan haram Israel di wilayah Palestin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0