RM16.8 juta diperuntuk jayakan program Bantuan Kasih Johor

JOHOR BAHRU – Sejumlah RM16.8 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi menjayakan Program Bantuan Kasih Johor yang bakal diagihkan ke semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berfasa bermula akhir tahun ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, melalui program berkenaan, seramai 280,000 keluarga miskin dan kurang kemampuan dalam golongan B40 di seluruh negeri telah dikenal pasti sebagai penerima.

“Syukur Alhamdulillah, berkat hasil rezeki Kerajaan Negeri Johor mencecah RM2 bilion buat pertama kali tahun ini, sebanyak RM16.8 juta diperuntukkan bagi Program Bantuan Kasih Johor.

“Setiap DUN akan menerima 5,000 bakul makanan meliputi barangan asas yang akan diberikan dalam bakul makanan ini termasuklah beras, minyak masak, tepung gandum, gula, dan sardin,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap melancarkan Program Bantuan Kasih Johor bagi DUN Machap dan Layang-Layang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, agihan bakul makanan menerusi program itu akan dijalankan dalam lima peringkat bermula bulan ini hingga bulan depan.

“Ini bagi memastikan pengurusan logistik berjalan lancar dan bekalan barangan kawalan dapat disediakan mengikut keperluan.

“Setiap fasa membabitkan penghantaran 1,000 bakul makanan kepada setiap DUN hingga ianya selesai pada fasa kelima nanti,” jelasnya.

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri terus komited bagi memastikan golongan rentan di negeri ini mendapat perhatian yang sewajarnya.

“Semoga inisiatif baik ini mampu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Johor serta menoktahkan miskin tegar,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan