Pembangkang tiada kualiti peranan sebagai semak dan imbang negara

PEMBANGKANG sewajarnya menjadi semak dan imbang kepada negara dan bukan sekadar membawa naratif kotor dalam memberi serangan bertubi-tubi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, kerajaan hari ini juga bersungguh-sungguh dalam membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan dan bukan hanya sekadar omongan kosong.

“Saya fikir mungkin, rakyat boleh menilai siapa yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat. Pembangkang hari ini sudah pasti berbeza dengan pembangkang sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu menjadi ketua pembangkang.

“Kerana kita membangkang itu isu-isu yang berkaitan dengan pentadbiran, penyelewengan dan sebagainya. Kita bukan bangkang secara bangkang,” katanya kepada pemberita selepas program Skuad Ihsan Madani Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata, ketelusan dan keberanian Anwar dapat dilihat menerusi keterbukaan beliau menjawab pertanyaan ketika Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat secara konsisten setiap minggu.

Katanya, situasi ini berbeza dengan pembangkang hanya sekadar memainkan sentimen remeh yang tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat.

“Misalnya masalah banjir ini, Perdana Menteri sendiri menjawab persoalan ini ketika dibangkitkan di dalam Parlimen.

“Jadi saya percaya, dalam sejarah Parlimen Malaysia ini belum ada lagi apabila Perdana Menteri itu hadir setiap minggu untuk menjawab pelbagai persoalan dan isu.

“Tidak kiralah sensitif atau kontroversi, itulah aspek kepimpinan yang ditonjolkan Perdana Menteri, seperti baru-baru ini isu Adendum itu dibawa dalam soalan-soalan Perdana Menteri dan dijawab terus di Dewan Rakyat.

“Saya yakin, rakyat di luar boleh menilai kerana pembangkang mengambil sikap dalam isu-isu yang begitu remeh. Pada saya ini satu perkara yang sangat dikesalkan,” katanya.

Related Posts

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan meminda Akta Tabung Haji 1995 sebagai usaha memperkukuh tatakelola serta memastikan amanah umat Islam yang dipertanggungjawabkan kepada institusi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian