Mayat pelancong China disyaki terjun laut ditemukan

SEMPORNA – Mayat seorang lelaki pelancong warganegara China yang disyaki terjun ke dalam laut di perairan Pulau Mabul ditemukan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Sabri Zainol berkata, mayat mangsa yang memakai beg belakang mengandungi tiga buah batu bata itu ditemui pada kedalaman 17 meter.

“Berkaitan kejadian itu, polis telah membuka kertas siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sementara proses bedah siasat akan dibuat dalam tempoh 24 jam sekiranya tiada waris yang menuntut mayat mangsa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh tampil ke Balai Polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Ali Amat di talian 013-2120852 atau 089-782020,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Pada Jumaat pukul 11.33 pagi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna mendapat maklumat berhubung kehilangan lelaki dipercayai terjun ke laut di Pulau Mabul.

Operasi mencari mangsa kemudian dilakukan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) serta penyelam-penyelam dari pusat peranginan berhampiran.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

  • By Fandi
  • August 17, 2026
‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0