89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 226 128 153 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 110 103 104 97 100 105 114 105 32 112 114 111 103 114 97 109 32 70 76 89 83 105 115 119 97 32 100 105 32 85 105 84 77 32 83 104 97 104 32 65 108 97 109 44 32 49 50 32 68 105 115 101 109 98 101 114 44 32 50 48 50 52 46 32 45 32 83 65 68 73 81 32 65 83 89 82 65 70 47 80 101 106 97 98 97 116 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116
SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa dirinya tidak berdendam dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mahu proses penghakiman dilakukan secara adil.
Anwar berkata, ada sesetengah pihak yang marah kepadanya berhubung tindakan beliau membawa kes bekas perdana menteri itu untuk diberi pertimbangan rayuan.
Menurutnya semua pihak sama ada banduan atau orang biasa, berhak dan layak untuk diberi peluang dan mengemukakan rayuan serta pengampunan.
“Kita ikut proses hukum, kemudian lembaga pengampunan, oh ada yang marah saya bawa kes Datuk Seri Najib untuk dipertimbangkan lembaga pengampunan dan dipengerusikan oleh Agong.
“Saya pernah dimasukkan ke penjara, kali pertama masa Tun Mahathir dan kali kedua semasa Datuk Seri Najib, tapi saya sebagai perdana menteri, saya tidak boleh berdendam dan hasad dengki, hak setiap orang banduan itu tanpa berkecuali berhak mengemukakan rayuan dan pengampunan,” katanya.
Beliau berucap sedemikian semasa Majlis Pelancaran Karnival FlySiswa yang bertempat di UITM Shah Alam di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, beliau berkata tindakannya mengemukakan pertimbangan rayuan Datuk Seri Najib itu adalah kerana untuk mendapatkan keadilan kepada semua pihak.
“Apabila saya lihat dalam mesyuarat tiada agenda rayuan Najib, saya kata tidak boleh begini jadi, saya persembahkan kepada Agong, ‘ ampun tuanku selayaknya semua orang berhak memohon apakah mahu dipertimbangkan atau diperkenankan, itu kemudian.
“Tetapi hak merayu mesti ada, satu pihak kecam saya kerana bawa agenda padahal saya hanya gunakan tanggungjawab saya supaya adil untuk dipertimbanagkn kerana… dia salah atau tidak, sudah masuk penjara, adalah ehsan atau kemanusiaan untuk dipertimbangkan.
“Ini pun (orang kata) salah,” katanya.


