Saya tidak berdendam – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa dirinya tidak berdendam dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mahu proses penghakiman dilakukan secara adil.

Anwar berkata, ada sesetengah pihak yang marah kepadanya berhubung tindakan beliau membawa kes bekas perdana menteri itu untuk diberi pertimbangan rayuan.

Menurutnya semua pihak sama ada banduan atau orang biasa, berhak dan layak untuk diberi peluang dan mengemukakan rayuan serta pengampunan.

“Kita ikut proses hukum, kemudian lembaga pengampunan, oh ada yang marah saya bawa kes Datuk Seri Najib untuk dipertimbangkan lembaga pengampunan dan dipengerusikan oleh Agong.

“Saya pernah dimasukkan ke penjara, kali pertama masa Tun Mahathir dan kali kedua semasa Datuk Seri Najib, tapi saya sebagai perdana menteri, saya tidak boleh berdendam dan hasad dengki, hak setiap orang banduan itu tanpa berkecuali berhak mengemukakan rayuan dan pengampunan,” katanya.

Beliau berucap sedemikian semasa Majlis Pelancaran Karnival FlySiswa yang bertempat di UITM Shah Alam di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakannya mengemukakan pertimbangan rayuan Datuk Seri Najib itu adalah kerana untuk mendapatkan keadilan kepada semua pihak.

“Apabila saya lihat dalam  mesyuarat tiada agenda rayuan Najib, saya kata tidak boleh begini jadi, saya persembahkan kepada Agong, ‘ ampun tuanku selayaknya semua orang berhak memohon apakah mahu dipertimbangkan atau diperkenankan, itu kemudian.

“Tetapi hak merayu mesti ada, satu pihak kecam saya kerana bawa agenda padahal saya hanya gunakan tanggungjawab saya supaya adil untuk dipertimbanagkn kerana… dia salah atau tidak, sudah masuk penjara, adalah ehsan atau kemanusiaan untuk dipertimbangkan.

“Ini pun (orang kata) salah,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi