Pas dirayu bersabar, jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar

KUALA LUMPUR – Kepimpinan Pas diminta agar bersabar dan tidak membuat sebarang tindakan melulu susulan keputusan peletakan jawatan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, sukar untuk mengulas panjang berkenaan perkara itu kerana beliau percaya punca keputusan berkenaan dibuat hanya diketahui oleh Ahmad Samsuri dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Keputusan yang dibuat oleh Dr Samsuri bagi saya (kalau) saya ulas panjang pun susah sebab saya tak tahu punca. Kenapa beliau (Ahmad Samsuri) letak jawatan itu, hanya beliau dengan Pengerusi PN.

“Tapi, apa pun saya harap, doakan dan saya mungkin merayu kepada rakan-rakan dalam Pas supaya bersabar dan jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

“Itu saja pesanan saya buat rakan-rakan dalam Pas,” katanya ketika sidang akhbar di Parlimen pada Khamis.

Ahli Parlimen Machang itu berkata demikian mengulas mengenai perkembangan semasa PN yang menyaksikan Ahmad Samsuri berundur daripada jawatan penting gabungan itu.

Pada Rabu, Ahmad Samsuri dilapor mengumumkan melepaskan jawatan beliau sebagai Bendahari Agung PN menerusi satu kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan Pas Pusat.

Peletakan jawatan terbabit dibuat hanya dua hari selepas Majlis Tertinggi PN bermesyuarat untuk mengesahkan pelantikan enam jawatan penting yang kesemuanya kekal menjadi milik Bersatu.

Related Posts

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

PUTRAJAYA – Belanjawan 2027 dijangka menjadi belanjawan terbesar negara dengan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan diunjur mencecah RM440.9 bilion berbanding RM421.2 bilion dalam Belanjawan 2026. Menurut MBSB Investment Bank Bhd, peningkatan perbelanjaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

KOTA BHARU – Jenazah pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, dan juruterbang helikopter BO 105S, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, yang maut dalam nahas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai