FLYSiswa: PM umum subsidi dinaikkan kepada RM400

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan kadar subsidi bantuan pembelian tiket penerbangan pelajar menerusi inisiatif FLYSiswa, daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.

Anwar berkata, pelaksanaan inisiatif itu dijangka akan memanfaatkan lebih kurang 60,000 orang pelajar yang menggunakan penerbangan bagi laluan domestik di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurutnya, kenaikan kadar bantuan itu adalah bertujuan untuk membantu meringankan bebanan pelajar dan membuktikan bahawa kerajaan sentiasa prihatin serta mendengar segala rungutan pelajar.

“Sebab itu diumumkan daripada RM200 juta kepada RM300 juta dan untuk tahun hadapan insya-Allah, saya umumkan naik RM400 jumlah bantuan atau pengurangannya iaitu bersamaan RM48 juta.

“Ini yang harus kita fikirkan kerana negara ini harus menjaga kesatuan, saya tekankan perkara ini kerana kadang-kadang saya lihat seumpamanya rungutan berlebihan seolah-olah ada yang kata, Kerajaan Madani ini langsung tidak bantu,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Karnival Flysiswa yang bertempat di UiTM Shah Alam, di sini, hari ini.

Semenjak pelaksanaan inisiatif FLYsiswa ini pada 2023 hingga 10 Disember 2024, seramai 74,500 orang pelajar (73 peratus) daripada keseluruhan 102,150 pelajar yang layak telah menerima manfaat daripada bantuan subsidi tiket penerbangan ini.

Ini merangkumi 37,551 (75 peratus daripada 50,095) pada tahun 2023 dan 36,949 pelajar atau 71 peratus daripada keseluruhan 52,055 pelajar sehingga 10 Disember 2024, telah menebus baucar digital masing-masing dengan syarikat-syarikat penerbangan negara.

Inisiatif FLYsiswa ini merupakan manifestasi Kerajaan Perpaduan dalam memastikan isu kos sara hidup ditangani selaras dengan aspirasi Malaysia Madani di samping mengeratkan hubungan antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Sehubungan itu, para pelajar daripada institusi pendidikan tinggi yang berkenaan boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan https://subsidiudara.mot.gov.my/ mulai tarikh 1 Januari 2025.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan