KOTA KINABALU – Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) Parti Tindakan Demokratik (DAP) menegaskan bahawa parti tersebut tidak akan berkompromi dengan amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan.
Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan ini dibuat ekoran pendedahan skandal tuduhan rasuah yang melibatkan beberapa pemimpin kanan Kerajaan Negeri Sabah.
Beliau berkata, keputusan tersebut diambil selepas Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe memberi penerangan terperinci mengenai isu berkenaan dalam mesyuarat CEC parti.
“DAP menegaskan tidak akan berkompromi dengan segala amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan.
“Kami menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan tegas dengan menyiasat kes ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu, CEC memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah serta mengambil tindakan yang selanjutnya.
Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027
PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…
Lebih lanjut






