Islam lebih terserlah pada zaman Malaysia Madani

BICARA hari ini ringkas namun sangat bermakna kepada akal budi yang sihat. Yang mahu dinukilkan, Islam dalam pentadbiran PMX, Kerajaan Perpaduan, dan Malaysia Madani jauh lebih terserlah.

Kita tidak perlu melihatnya daripada banyak segi sebaliknya cukup dengan sifat pemaaf yang ada pada diri Perdana Menteri. Dalam konteks ini, kerap PMX menegaskan, beliau tidak kisah orang memaki hamun ke atasnya kerana itu hal yang bersifat peribadi. Beliau tetap mendoakan pemaki hamun itu insaf.

Beliau juga tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas orang yang pernah menjahatinya dengan pelbagai tuduhan yang jijik (tidak sanggup dituliskan di sini) kerana itu banyak membuang masanya membina negara, sementelahan pula dosa itu terampun jika orang itu sanggup datang kepadanya memohon maaf.

PMX memperlihatkan jiwa besarnya sebagai pemimpin yang pemaaf. Beliau lebih mengutamakan urusan membaiki negara ini agar kembali ke landasan yang betul.

Oleh sebab itu, beliau membiarkan sahaja pembencinya berterusan menjahatinya namun sangat tegas membanteras rasuah, kes sakau, dan penyalahgunaan kuasa.

Berkat kesabarannya, satu demi satu si penzalim mendapat kifarah tidak kira penzalim lama yang telah senyap, penzalim lama yang masih mencucuk jarum kejahatan, atau penzalim baharu yang sedang mengasah taji.

Yang terbaharu, sekumpulan penzalim sedang bercakaran sesama mereka. Kian banyak kegiatan mereka kantoi sedangkan PMX terus maju. Itulah rahmat kesabaran. Islam bersinar pada zaman Kerajaan Perpaduan yang cemerlang dengan slogan Malaysia Madani.

Perkembangan itu membolehkan banyak syiar Islam dilaksanakan. Jika mahu disebutkan semuanya tidak tertulis saya pada pagi yang sibuk ini. Poster yang dilampirkan ini satu daripada contoh usaha meningkatkan syiar Islam di negara kita. Demikianlah adanya.

Mari kita doakan PMX terus diberi kekuatan oleh Ilahi dan Kerajaan Perpaduan semakin kukuh agar Malaysia Madani terus mewangi, insya-Allah. Amin.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET