Semarakkan sokongan golongan muda terhadap PMX

BERASASKAN sesi santai dengan beberapa pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 di Besut, Terengganu pada Selasa (23 Julai 2024) lalu, saya optimis sokongan mereka terhadap Perdana Menteri ke-10 (PMX) dan Kerajaan Perpaduan mampu meningkat dengan drastik jika kena caranya.

Pertama, guru-guru perlu memberi pendedahan kepada pelajar hal yang berkaitan dasar kerajaan dengan lebih jelas dalam sesi yang ada hubung kaitnya dengan pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini bukan bermakna guru perlu menjadi ejen politik kepada parti yang didukung oleh PMX kerana penjawat awam tidak boleh berpolitik pada masa rasmi mereka bekerja.

Perlu ada garis pemisah antara dua perkara itu dan harus ada kefahaman jelas dalam diri guru bahawa mereka itu penjawat awam yang satu daripada fungsinya melaksanakan dan menyebarkan dasar kerajaan.

Saya berkata demikian kerana pada peringkat awal sesi santai saya dengan sebahagian pelajar cemerlang STPM itu, kelihatan mereka agak skeptikal menjawab soalan berkaitan Malaysia Madani yang menjadi teras pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Seakan-akan ada suatu stigma apabila mereka diminta bercakap walaupun sedikit tentang perkara itu, hinggalah saya mengambil keputusan membuka ruang kefahaman awal kepada mereka mengenainya.

Yang menariknya, perubahan cepat berlaku apabila jiwa mereka dapat dicuit melalui penerangan yang berfakta dan tulus, sehingga keterbukaan dapat dikesan dengan jelas.

Satu perkara yang seharusnya diberi perhatian, siapapun PMX, beliau tetaplah Perdana Menteri kita. Itu fakta dan tidak ada orang boleh menafikannya.

Oleh sebab beliau seorang daripada Perdana Menteri, maka hal yang berkaitan dengan dirinya wajar diperkatakan (dengan jujur dan bertanggungjawab) kepada generasi muda – pelajar.

Adakah itu berlaku di sekolah?

Saya tidak mahu memberi jawapan kepada soalan di atas itu kerana jika saya membariskannya, saya risau dianggap membenamkan belati pada tubuh ‘pihak tertentu’ atau ‘mengampu’ sesuatu pihak.

Rata-rata pelajar yang saya santuni itu kelihatan miskin maklumat dan pengetahuan tentang dua perkara tersebut – dasar kerajaan dan sejarah hidup PMX sedangkan itu seharusnya ada dalam kabinet akal budi mereka.

Di mana-mana negara pun, minda rakyatnya terutama golongan muda perlu perlu ditanami dua benih pengetahuan tersebut agar tersemai nilai cinta akan negara dan hormat akan pemimpin.

Adakah ini disedari oleh kementerian yang berkenaan? Jika ya, alhamdulillah. Jika tidak, bila lagi dan apakah langkah yang perlu segera dilaksanakan?

Saya tidak menggesa sebaliknya membuka jendela minda! Ingat, peribahasa kita ada mengatakan bahawa “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Yang pasti, saya dapati golongan muda kita ternanti-nanti sesuatu pihak mengubah keadaan ini, dan mereka bersedia menjadi warganegara yang berkualiti!

Tepuk dada tanya selera! Perlu diingat bahawa, dalam takrifan budaya tinggi, ‘selera’ itu bermaksud kemahuan yang baik disertai kebijaksanaan.

Related Posts

Jika bukan Anwar, maka siapa?

DALAM politik, mengkritik sentiasa mudah. Terlalu mudah. Setiap hari kita melihat suara-suara yang mempersoalkan kepimpinan, mengkritik dasar, dan mempertikaikan keputusan kerajaan. Namun di sebalik semua kritikan itu, satu soalan besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16