Kes kalah saman Mastura patut jadi iktibar ahli politik henti fitnah

PUTRAJAYA – Setiap ahli politik dan golongan cendiakawan disaran menjadikan kes mahkamah Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad sebagai iktibar untuk menjauhi perbuatan fitnah yang boleh memecah belah perpaduan pelbagai bangsa di negara ini.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, kebijaksanaan ahli politik bukan sahaja terletak kepada sijil kelulusan tinggi yang diterima malah ia juga harus diukur dari segi tutur kata sopan serta adab dan akhlak sesama manusia.

“Kami merakamkan duka cita atas isu yang berlaku dalam negara ketika ini dan seharusnya budaya menfitnah ini perlu dihentikan segera di Malaysia ini.

“Perkara itu harus komited dilakukan oleh pemimpin demi menjaga nama baik ahli politik mahupun nama agama Islam itu sendiri,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes membabitkan Siti Mastura yang diarahkan membayar RM750,000 kepada veteran DAP serta dua ahli Parlimen parti itu selepas kalah dalam saman fitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Quay Chew Soon dalam prosiding secara maya melalui aplikasi Zoom, mendapati defendan bertindak dengan niat jahat dan pembelaan terhadap beliau berdasarkan alasan komen adil dan keistimewaan bersyarat tidak dapat diterima.

Chew Soon berkata, Siti Mastura yang berada dalam Dewan Rakyat yang sama dengan Guan Eng dan Teresa seharusnya boleh mendapatkan penjelasan terus daripada mereka sebelum membuat kenyataan sedemikian.

Pada 29 Nov 2023, media melaporkan ketiga-tiga mereka memulakan proses saman fitnah ke atas Siti Mastura berhubung dakwaan dibuat ahli politik Pas terbabit.

Sebelum itu Siti Mastura mendakwa Kit Siang, Guan Eng, dan Kok mempunyai pertalian keluarga dengan Chin Peng serta bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Dalam pada itu,  Aminolhuda turut menempelak tindakan sesetengah pemimpin yang memberi pandangan berdasarkan emosi mengakibatkan setiap kata-kata mereka menjadi suatu fitnah.

Justeru dia menasihatkan mereka agar berpolitik secara matang dan bukan menanam kebencian di kalangan pengikut.

“Sekiranya terdapat kekhilafan dalam sesuatu perkara segeralah memohon maaf bukan sibuk menegakkan benang yang basah yang akhirnya memalukan diri sendiri.

“Selain itu, jangan timbulkan kesangsian rakyat terhadap ketelusan dan kebaikan pemimpin khususnya wakil rakyat mahupun ahli politik di negara ini oleh kerana segelintir dari kita yang kurang beretika,” katanya.

Related Posts

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

ALOR SETAR – AMANAH menggesa kerajaan meneliti semula kewajaran penganjuran Festival Muzik Air ‘Rain Rave 2026’ yang didakwa tidak selari dengan budaya serta norma masyarakat Malaysia. Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan