Tun M perlu disiasat isu Batu Puteh – Puad Zarkashi

AHLI Majlis Tertinggi UMNO (MKT), Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa agar siasatan dijalankan ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Mohd Puad berkata, laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenainya telah diedarkan kepada ahli Parlimen dan perkara ini dianggap terbuka.

“Antara syor yang dikemukakan ialah siasat Tun M atas kesalahan jenayah. RCI syor guna seksyen 415(b) Kanun Keseksaan. Tun boleh boleh dihukum bawah seksyen 417 Kanun sama dan juga seksyen 418 Kanun yang sama.

“Justeru jangan buang masa. Buat segera laporan polis. Jual kedaulatan negara mesti dihukum berat. Negara hilang wilayah secara kekal. Tidak boleh diganti dengan wang ringgit,” katanya di Facebook pada Khamis.

Hari ini, media melaporkan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Prosiding diusulkan itu susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ).

Perkara berkenaan antara yang disyorkan RCI berkenaan dalam laporan setebal 217 muka surat yang diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohd Puad berkata, isu ini harus diberikan perhatian dan pihak berwajib tidak boleh berkompromi tanpa menjalankan sebarang tindakan.

“Duit 1MDB yang hilang dapat dikutip semula. Tanah 1MDB juga tidak hilang. Projek TRX siap dan ada hasil.

“Tetapi Batu Puteh, jangankan tanah, duit satu sen pun tidak dapat balik. Maka jangan ada kompromi. Jangan banyak alasan. Jangan berlengah,” katanya.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda