Pahang belanja RM6.692 juta untuk projek ternak lembu Wagyu

KUANTAN – Sebanyak RM6.692 juta perbelanjaan dikeluarkan merangkumi pelbagai aspek komponen aktiviti bagi menjayakan projek perintis Projek Wagyu Pahang setakat ini.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak berkata, antara komponen berkenaan termasuklah pembelian baka ternakan Wagyu.

Katanya, sehingga 15 November lalu, jumlah ternakan lembu Wagyu di bawah Projek Wagyu Pahang sebanyak 262 ekor melibatkan 156 induk betina Wagyu, lima pejantan dan 101 ekor anak yang lahir di Raub.

“Kita ada ‘Full Blood’ atau 100 peratus lembu Wagyu yang asli dan kita ada kacukan F1.

“Kemudian kita ada pembelian semen (air mani) dan embrio yang kita buat permanian beradas (Artificial Insemination – Al).

“Kemudian kita ada beli mesin ultra sound dan kita buat kursus Wagyu di Akademi Wagyu di Jerman di mana kita hantar tiga kakitangan kita dari Jabatan Veterinar Pahang.

“Kita juga mengadakan kursus permanian beradas dan pemindahan embrio yang melibatkan 16 peserta di Indonesia.

“Kemudiannya kita membeli tambahan baka Wagyu dan memberikan latihan pakar penyembelihan seramai 60 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dikemukan Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Datuk Mustapa Long dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, hari ini.

Tambahnya lagi, sebanyak tiga ladang pengganda dilantik di bawah syarikat peneraju AGK Dairy Fresh Sdn Bhd di mana ladang pengganda ini dalam proses penerimaan lima ekor induk Wagyu setiap ladang, manakala, terdapat tiga ladang pengganda lagi dalam proses pengesahan kesesuaian infrastruktur ladang.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak