DAP Sabah mohon SPRM siasat projek jambatan di Jalan Sin Onn

TAWAU – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah memohon siasatan menyeluruh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan jambatan di Jalan Sin Onn yang didakwa dihentikan kira-kira setahun. 

Setiausaha Publisiti DAP Sabah, Thien Ee Hang dan Ahli Jawatankuasa DAP Sabah, Philip Yap dalam satu kenyataan media bersama berkata, projek tersebut dipercayai dibina dua tahun lalu walaupun wujud bantahan daripada penduduk serta sekolah di sekitar Jalan Sin Onn. 

“Kontraktor yang tidak bertanggungjawab ini hanya meletakkan penghadang jalan plastik berwarna merah dan putih untuk mengelilingi kawasan projek jambatan selepas pembinaannya tanpa mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya.

“Kontraktor juga tidak memasang sebarang lampu isyarat di kawasan itu. Kini, kawasan itu juga telah dipenuhi dengan semak,” kata kenyataan itu. 

Menurut Thien dan Yap, projek itu juga dipercayai akan diteruskan, bagaimanapun kerap mendapat bantahan penduduk Sin Onn kerana menghadapi pelbagai masalah teknikal yang ketara selain tidak dikemukakan pelan perancangan pembinaan yang teratur. 

“Perancangan bandar adalah penting untuk pembangunan Tawau tetapi ketika membangunkan Tawau, kita juga mesti mengutamakan hak rakyat Tawau. 

“Kita tidak boleh hanya memikirkan pembangunan Tawau tanpa perancangan yang lengkap,” katanya. 

Sebagai usaha awal menyuarakan hak rakyat Tawau berkenaan isu ini, Thien dan Yap berkata, DAP Tawau akan melancarkan kempen menandatangan petisyen di seluruh Tawau. 

“Dengan sokongan menandatangani petisyen itu, ia akan mendesak pihak berkuasa untuk segera mengadakan dialog dengan rakyat, menjelaskan rancangan projek tersebut sekali gus memberikan penyelesaian yang sempurna kepada rakyat Tawau,” ujarnya.

Related Posts

‘Penyatuan ummah’ cuma perangkap kuasa, Bersatu mangsa terbaharu politik tikam belakang

SLOGAN penyatuan ummah yang sering dilaungkan dalam politik Melayu bukan benar-benar untuk membela rakyat Melayu biasa, sebaliknya lebih berkisar kepada percaturan elit politik bagi merebut kuasa. Bekas Peguam Kanan Persekutuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH bukan syok sendiri, lahir dari suara rakyat

Manifesto PH bukan syok sendiri, lahir dari suara rakyat

‘Penyatuan ummah’ cuma perangkap kuasa, Bersatu mangsa terbaharu politik tikam belakang

‘Penyatuan ummah’ cuma perangkap kuasa, Bersatu mangsa terbaharu politik tikam belakang

Ada keperluan BN masukkan pengampunan Najib dalam manifesto PRN Johor

Ada keperluan BN masukkan pengampunan Najib dalam manifesto PRN Johor

Manifesto PH: Agenda Johor-Singapura kurangkan 50 peratus masa menunggu di sempadan

Manifesto PH: Agenda Johor-Singapura kurangkan 50 peratus masa menunggu di sempadan

PH lancar manifesto PRN Johor dengan 10 tawaran ‘Johor Untuk Semua’

PH lancar manifesto PRN Johor dengan 10 tawaran ‘Johor Untuk Semua’

Dua sekolah luar bandar Mukah terima ‘Interactive Smart Board’

Dua sekolah luar bandar Mukah terima ‘Interactive Smart Board’